Monday, February 15, 2010

My favourite BOOK of aall...

Sarah dan Senduk merupakan buku yang diminati oleh saya sejak 2009 lagi.Buku ini telah membukakan hati saya tentang islam,keluarga dan juga minat.Sarah adalah watak utama buku ini yang bersekolah menengah.Senduk pula menunjukkan bahawa minat,azam Sarah.Azam yang dimaksudkan ialah Sarah berazam pada pertengahan tahun supaya lebih berdisiplin terhadap rumah tetangga,jangan salah faham ye....rumah tetangga pula bermaksud supaya Sarah ingat akan memasak,mengemas rumah dan macam-macam lagilah tentang rumah itu yang dimaksudkan tentang rumah tetangga yang dimaksudkan.Minat yang dimaksudkan ialah senduk ada kena mengena dengan memasak kan??Sarah amat suka akan memasak dan dia telah menjadikan senduk sebagai lambang akan minatnya itu.Makcik Sarimah iaitu ibu kesayangannya itu dan ayahnya Pakcik Jamal dan juga adiknya Amin.Amin dengan Sarah selalu bergaduh walaupun sesaat.Rozi,Nora dan Noni merupakan kawan rapat Sarah.Sarah pernah membuat kejutan kepada ayahnya dengan memasak makanan kegemarannya apabila Pakcik Jamal pulang kerja manakala Makcik Sarimah pergi ke kedai untuk membeli barang keperluan di rumah.Sarah tak mampu untuk masak di dapur seorang diri maka dia mengajak Amin,adiknya untuk menolong.Kesian Amin perlu mengorbankan masa bermain bolanya di padang tetapi meluangkan masanya dengan kakak kesayangannya di dapur.Saya meminta maaf jika silap dari segi tatabahasa,ejaan atau perkataan yang menyakitkan hati anda.SELAMAT MEMBACA!!*Kalau anda minat membaca buku ini sila pergi ke kedai buku samaada MPH,Pustaka Rakyat dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment